TERBANG BERSAMA MDB (Siri 45)
Di tahun 1996, saya mendaftar diri sebagai pelajar kursus Bachelor of Jurisprudens (Eksternal) di Universiti Malaya. Saya meletakkan diri saya dalam jerat. Ini satu pandangan. Saya mengadakan sayap ketiga saya. Ini satu pandangan.
Setelah ada PhD & setelah sibuk di universiti dengan tugas sebagai Timbalan Dekan & kemudian Dekan serta penasihat Syariah global, saya kembali ke bangku universiti untuk belajar undang2 Malaysia. Kerja gila mungkin. Kerja minda tinggi mungkin. Kedua2 mungkin betul berdasarkan perspektif masing2.
Di awal tahun 2000, hampir setiap bulan saya terpaksa terbang ke Jeddah kerana diberi tugas meletakkan tatacara Syariah Takaful di Takaful Jazirah. Kebetulan ada yang bertembung dengan minggu peperiksaan akhir tahun kursus BOJ di atas. Sepanjang malam dari Jeddah ke Kuala Lumpur, orang lain tidur, saya meneliti nota menyiapkan diri (foto hiasan dalam perjalanan dari Almati, Kazakhtan ke Dubai sekitar 2017/2018).
Selalunya saya akan parking kereta saya di KLIA. Block C. Sebaik sahaja pesawat sampai, saya akan mandi di lapangan terbang. Kemudian saya akan terus ke pejabat. Dalam konteks BOJ, saya terus ke Universiti Malaya. Saya sempat sampai sebelum pukul 8 pagi. Saya akan terus masuk dewan peperiksaan dengan kepala berat & pusing.
Ini pengorbanan saya. Tak sehebat Nelson Mandela. Tapi setiap orang kena berkorban. Kalau kerja biasa2, itu bukan lagi berkorban namanya.
Saya sudah berjaya hidup di atas kapalterbang & di lapangan terbang. Kedua2nya sudah menjadi tempat saya tidur, membaca, bekerja, mandi, solat, makan, bermesyuarat, beriadah & bersosialisasi. Kerana saya kena terbang hampir setiap bulan & kadang2 setiap minggu, saya kena jadikan penerbangan sebagai ekosistem kehidupan saya.
Ini sebab utama saya menulis siri ini. Di mana sahaja anda berada & apa sahaja ekosistem anda, anda kena pandai gunakan & leverajkan kedudukan anda.
"Kenapa tuan baca sepanjang malam?" tanya pramugari Saudi Airlines.
"Besok saya ada peperiksaan" jawab saya.
Mukanya berkerut seribu mungkin sukar untuk percaya.
Ramai yang tidak percaya kepada kita...tapi kita kena percaya diri sendiri.
#terbangbersamamdb
MDB